Nuffnang Ads

Saturday, March 16, 2013

SALAM PERKENALAN DI ARENA BLOGGER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam ukhuwwah dan salam perkenalan di arena maya..

Terima kasih banyak2 kerana meminjamkan mata dan ketulusan hati untuk menjengah blog yang baru saja dibina ini. Walaupun persembahannya tidak seberapa...namun ia adalah perkongsian ikhlas dari hati dan sanubari Cikgu Tuyut untuk kalian semua.

Sebenarnya Cikgu Tuyut masih bertatih dalam mepelajari selok belok berblog ini.
Harap mendapat teguran positif mahupun negatif serta cadangan   serta idea bernas daripada pelawat sekalian...Demi penambahbaikan hendaknya. Sesungguhnya sempurna itu sifat Allah...namun, sebagai manusia...kita pasti mahukan terbaik..tak gitu????

Blog ini dibina utk tujuan perkongsian nukilan peribadi Cikgu Tuyut. Maklumlah...dah lama meninggalkan dunia penulisan. Cikgu Tuyut suka menulis sejak dari sekolah lagi. Namun hobi ni, baru saja bersambung kembali sejak Rania Irdina a.k.a YAYA- anak cikgu sakit.

Sejak anak Cikgu Tuyut ni disahkan menghidap 'Acute Lymphoblastic Leuchaemia' pada bulan puasa tahun 2012 (bulan Ogos) cikgu terpaksa meninggalkan dunia pendidikan buat seketika...Cuti Separuh Gaji menjaga anak menjalani Kimoterapi Intensif di Institut Pediatrik HKL. Tak ade ape yang nak dibuat sementara menjaga anak sakit leukimia..bila baca blog orang rase seronok pula berkongsi cerita ni.

Ok lah....sebagai mukaddimah perkenalan kita ni.. tentu pelawat rase pelik bila jumpa Cikgu Tuyut dalam blog ni..hehheeee....selepas puas berfikir..tak tau nak namakan blog ini dengan nama apa...cikgu  tetiba teringat..TUYUT (bahasa kampung cikgu)..sejenis serangga yang cikgu suka tangkap mase kecik-kecik dulu..dalam bahasa standardnya PEPATUNG...tak tahu la ape yang istimewanya serangga ciptaan Allah tu..sampai skg Yaya pon mengaguminya...mungkin sebab kita jarang jumpa serangga tu di bandar KL ni..maka cikgu anggap ianya sangat unik dan patut di angkat namanya setanding dengan serangga ciptaan Allah yang lain.

 INILAH RUPA SERANGGA CIPTAAN ALLAH YANG TELAH BANYAK  MEMBERIKAN INSPIRASI DALAM HIDUP
 CIKGU TUYUT


Next post..Cikgu Tuyut akan kongsikan pengalaman  menghadapi hakikat anak didiagnosis menghidap penyakit kritikal- Acute Lyphoblastic Leuchaemia, bagaimana cikgu menjaga anak sakit di hospital dan rumah...dan luahan hati sebagai seorang ibu dan guru..yang terpaksa melupakan tugasan di arena pendidikan seketika demi tanggungjawab terhadap amanah Allah yang tidak ternilai bagi diri dan keluarga--menjaga dan membelai sepenuh kasih sayang si kecil yang bertarung nyawa melawan sakit, iaitu satu-satunya puteri kesayangan- Rania Irdina.

Sampai jumpa lagi....Assalamualaikum.

-CIKGU TUYUT-



No comments:

Post a Comment