Nuffnang Ads

Saturday, March 16, 2013

DI KALA SIHAT SEBELUM SAKIT..

ANAKANDAKU PEJUANG KANSER DARAH: LEUKIMIA

Anakanda Rania sentiasa dimasukkan ke wad seawal umur 4 bulan. Masih ingat lagi saat tu...setiap waktu mama terpaksa berjaga demi memastikan suhu badan Yaya sentiasa di paras yang selamat. Sungguhpun selalu keluar masuk wad, 
Yaya MASIH AKTIF SEPERTI BUDAK LAIN..

 

wajah yaya di kala sihat
gelagat minggu ke-2 demam selepas mula antibiotik ke-2
yaya di kala demam minggu ke-3

SEJARAH MASUK WAD YAYA

4 BULAN- VIRAL FEVER
6 BULAN-VIRAL FEVER+FEBRILE FIT (akibat digigit lipan di rumah pengasuh)

Waktu Ini..doktor sarankan supaya buat Lumbar Puncture (Spinal Tap) iaitu ambil sampel air tulang belakang untuk kenal pasti antibiotik sesuai bagi mengubat sakit Yaya. Tapi istikharah mama dan papa membuat kesimpulan TIDAK MEMBENARKANNYA.Walaupon terpaksa bermasam buka dan PERANG PSIKOLOGI berlaku antara kami sekeluarga dengan doktor yg bertugas, KAMI TEKAD...
Sudahnya...Yaya dipindahkan ke rumah pengasuh lain yang lebih sedikit bilangan anak asuhannya, dengan harapan anakanda kami itu terjaga dan terbela kebajikannya...
8 BULAN- VIRAL FEVER AGAIN!!!!
1 1/2 TAHUN- VIRAL FEVER (PARVO VIRUS)
2THN 8 BULAN- CYCLIC NEUTROPENIA------>>LEUKIMIA

Paling lama Yaya 'warded' ialah kali yang terakhir pada tahun 2012 iaitu setelah mengalami demam berlanjutan selama 2 bulan.  

Nantikan post selanjutnya ...cerita dan pengalaman selama 1 bulan LEBIH  di dalam wad KK2 dan KK3 Institut Pediatrik HKL.







No comments:

Post a Comment