Nuffnang Ads

Friday, March 29, 2013

BERPERANG DENGAN KESAN KANSER..TERNYATA MAHAKUASA ALLAH MENGATASI KUDRAT MANUSIA..

Kenapa BUKAN kita, SEBALIKNYA anak kesayangan kita yg sakit?? Itu adalah rahsia Allah yg tak mampu kita fikirkan.Sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa menjaga tubuh badan kita sebagai amanah yg paling berharga kurniaan Allah ini.Seharusnya kita tahu bahawa tubuh yg sihat akan menghasilkan akal yg waras utk menjalani kehidupan dan melaksanakan tanggungjawab dengan selesa.
YAYA KALI PERTAMA DIPASANGKAN CENTRAL VENOUS LINE (CVL)
ANAK YG BELUM MENGERTI MAKNA SAKIT YG SEBENARNYA

Cuba kita muhasabah diri kita, apakah yg kita lakukan hari ini demi kesihatan yg akan datang?

BERSAMA KAK AIDA KAWAN PERTAMA DI WAD KK3-(AIDA-PESAKIT LYMPHOMA YG TELAH SEMBUH SEPENUHNYA PADA JANUARI 2013)

Jika dulu, aku hanya menjadi saksi pejuang kanser meraba kepala, mencari ke mana hilangnya rambut mereka setiduran cuma.. memujuk si pejuang kanser yg menangis,meraung meratapi kehilangan rambut mereka.Tp kini..aku melalui detik itu sendiri.bersaksikan mata kepalaku sendiri..yg terjadinya pada anak kandung kesayanganku ini. 

Tak pernah aku menitiskan air mata meratapi kesusahan,penderitaan dan kesedihan ditakdirkan punyai anak pejuang kanser...namun kini aku tewas jua.

Jiwa keibuanku xtertahan menatap gumpalan rambut memenuhi ruang bantal tidur si kecil.baru aku tahu...erti jerit tangisnya terkemudian.setengah jam lamanya si kecik menangis tanpa sebab.
Esak tangisnya kini semuanya terjawab.si kecil xtahan perubahan pada akar rambutnya yg semakin lemah..tunjangnya goyah.natijahnya semua juraian rerambut bersemadi di atas bantal...

Luluh...jiwa ibuku mengutipnya..laju saja air mata ni gugur..menangisi nasib si kecil yg bakal botak seketika..Ya...aku terima hakikat anakku akan botak seketika.

Ya Allah..kuatkanlah semangatku menghadapi sisa pengalaman memerangi penyakit ini...ya Rahman...ringankanlah beban anakanda di pengakhiran jadual perubatannya yg penuh mainan perasaan...

Aku yakin..anakku pasti kuat..sekuatnya aku menempuhi dugaan sakitnya selama ini.demi kesihatan yg berpanjangan..aku nazarkan Umrah keluarga tanda syukur kami di atas kesembuhan yg bakal diturunkan...

Allahumma yassir wala tuassir.watammim bil khair...Taqabbalallahumma dua ana...
Istajibillaha dua ana... 

Syukran laka ya Allah..Ameen ya Rabbal Alamin....









No comments:

Post a Comment