Nuffnang Ads

Saturday, March 30, 2013

MENJAGA YAYA DAN MENGAJAR

ASSALAMUALAIKUM

Rase macam kekok- hendak mula "belajar" kerja balik setelah lama bercuti separuh gaji. Macam baru nak posting pon ada.

Bulan januari 2013, sebenarnya dah cuba bekerja..tp bertahan beberapa minggu sahaja..
Yaya memerlukan mama sentiasa di sisinya- fulltime aku jadi surirumah sepenuh masa.
Alhamdulillah..saranan Dr.Kogi, Pakar Pediatrik,memang ada asasnya...Tidak sia-sia aku bercuti lagi tanpa gaji utk kali kedua demi menjaga Yaya secara intensif di rumah dan hospital. .

Apa pun, kerjaya dan tanggungjawab berkeluarga harus berjalan seiring, barulah sempurna jalan hidup ke arah menjadi SUPER WOMAN-hebat di rumah dan juga cekap di sekolah (tempat kerja)

Planning sebermulanya kembali tugas guru:

Aku tak mahu mensasarkan terlalu banyak perkara sehingga tak berjaya diterjemahkan di alam realiti.Cukuplah seandainya aku berjaya melaksanakan tugasku sebagai seorang guru sains KIMIA yg amanah dan konsisten memperjuangkan ilmu demi kejayaan anak didik.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KIMIA SPM

Akan diadakan pada hari SELASA(02/04/2013)...In shaa Allah...mudah-mudahan aku dpt hadir bekerja mengikut perancangan dan Yaya stabil dalam jagaan Allah di rumah time tu....
Implementasinya DI DALAM KELAS sahaja kerana aku baru sahaja memikirkannya semalam.So, tak perlu tempah dewan bagai..krn yg akan jadi audiensnya students 5 Maju SMKBBS sahaja. Bahan edarannya ialah MODUL CANAI INTELEK KIMIA SPM-hasil susunan ku sendiri selama 2 hari menyiapkannya.

Modul pengajaran yg  disusun sendiri





APA YANG INIGIN DILAKSANAKAN SEMASA  
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KIMIA SPM

1. Mendiagnos kelemahan pelajar dalam subjek kimia..(cehh..aku guna perkataan diagnos  sebab prosedur tu menyeluruh dan perlu ada bukti..nnt next entri aku akn uploadkan bukti bergambar hasil prosedur yg dirancangkan ini.)
 
2. Dedahkan mereka dengan 'Common Mistakes' dlm menjawab paper kimia SPM supaya pelajar tak ulang kesalahan yang sama.(kekadang pelajar ni ter'over' confident dengan jawapan mereka.padahal jawapan yg diberi tu salah...)

3. Ajarkan teknik menjawab yg betul mengikut 'termoinologi ' soalan- kekadang..soalan tanya benda lain..pelajar jawab benda lain..sebabnya mereka tak faham kehendak soalan- sudahnya.. pelajar jawab apa yg dia tahu..bukan apa yang ditanya...sebab tu la tak dapat markah yang sepatutnya.

4. Slot APLIKASI- akan mengakhiri Bengkel Teknik Menjawab ni. Dalam slot ni..pelajar akan menjawab soalan SPM sebenar yang dipilih secara rawak.

Sebenarnya Modul Canai Intelek ni agak tebal dan mustahil utk dihabiskan dlm masa sehari..cukuplah mukaddimah pengajaran aku utk hari tu..bagi banyak pon tak guna.
 As long as, ringkas tp padat. Pelajar tak mengantuk, dan memberi manfaat kepada mereka.....segala usaha ini tidak akan sia-sia.

DIAGNOS KELEMAHAN -->KAJI KESALAHAN UMUM-->TAHU TEKNIK JAWAB-->APLIKASI


Doakan segala perancangan ini berjalan lancar.

Teringat pula pada bekas pelajar SPM yg lepas..ada yang dah jadi pelajar medical, staffnurse di hospital kerajaan, graduan di dalam dan luar negara...ada yang dah kerja...ada yang masih di tahun akhir pengajian...

All the best utk mereka di luar sana..

Kepada sahabat guru yang berminat nak share bahan atau kaedah pengajaran yg berkesan utk pengajaran dan pembelajaran, boleh la hubungi saya.

sharing is caring...

Facebook                    :Eija Ibrahim
Gmail                          : cikgutuyut@gmail.com
SMS/WhatApp/Viber   : 0133218997


Jumpa lagi di entri yg akan datang..
Assalamualaikum.





 

No comments:

Post a Comment