Nuffnang Ads

Wednesday, December 4, 2013

REVOLUSI PHYTOSCIENCE DOUBLE STEMCELL&TRIPLE STEMCELL

ASSALAMUALAIKUM..
Salam sejahtera buat anda..pelawat yang sangat kami hargai.
Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.

Sejak anakanda yang saya kasihi RANIA IRDINA kian menginjak baik kondisi kesihatannya daripada bahana KANSER yang pernah mengganas dalam sel darahnya, maka semakin banyaklah pendedahan tentang kesedaran dek pentingnya menjaga kesihatan yg saya peroleh. 

ALHAMDULILLAH...segalanya berlaku ats kehendakNYA. Benarlah, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Dan saya redha dengan ujian yang sudah banyak mengajar saya erti kesabaran dan menghargai nikmat sihat secara maknawi dan hakikat yang sebenarnya.

Lanjutan daripada satu pemergian yang sangat dirindui, arwah Harris Fadhilah (PESAKIT HODGKIN LYMPHOMA)-(mohon sedekahkan ALFATIHAH utk arwah),  saya tampil di sini utk berkongsi satu produk  yang bermakna- terbaik utk digunakan semua peringkat manusia. 

Produk ini diperkenalkan kepada saya oleh seorang ibu yang melihat anaknya sembuh daripada penyakit yang dideritai anakanda kesayangannya. Ibu yang cuba untuk berikhtiar menamatkan episod penderitaan anak yang tak sanggup ditanggungnya lagi.

Namun, BELUM sempat arwah MENCUBA produk ini, arwah telah koma dan mengalami minor 'stroke' seterusnya pergi buat selama-lamanya...

Ini lah dia produk makanan tambahan yang saya maksudkan itu.

Terima kasih atas khidmat en.google yg menemukan saya dgn  laman ini------->https://www.iphytoscience.com/eng/doublestemcell.asp  laman banyak membantu saya mendapatkan maklumat utk dikongsikan di sini.

PHYTOSCIENCE 
DOUBLE STEMCELL&TRIPLE STEMCELL
 


Double Stemcell telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ia telah melalui Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan SGS  Singapura Makmal Ujian Standard. Produk ini disahkan selamat dan asas tumbuhan 100%.



 ......antara wajah ceria&gembira pengguna DSC....
 



BOLEHKAH KANAK-KANAK, ORANG TUA YG UZUR 
MAKAN Double Stemcell™
ORANG YANG DAH SAKIT KRONIK PUN BOLEH AMBIL?
 


Menurut nasihat profesional daripada kumpulan doktor, Double Stemcell sebenarnya adalah apabila kita makan dan tuangkan di bawah lidah, sel stem akan pergi melalui saraf kita pergi ke otak dan memberikan isyarat di mana mereka perlu untuk membaiki dan pertumbuhan semula sel-sel mengelilingi luka dan bahagian penyakit, mengawal tahap pH dalam badan, apabila selepas sistem imuniti badan meningkat perlahan-lahan penyakit akan mendapat penyembuhan.


Ya,  ia adalah perkara biasa bagi orang-orang  tua yang uzur dan yang berpenyakit di Negara Maju mereka disediakan rawatan stemcell apabila mereka memerlukan tenaga dalam masa pemulihan. Kajian saintifik yang kini sedang dijalankan pada orang-orang yang tua dan yang berpenyakit memakan Double stemcell ™dan keputusan adalah sangat  menggalakkan,ia telah menolong pertingkatkan antibodi dan tenaga. 

Double stemcell ™juga sesuai di kalangan wanita hampir menopaus kerana ia membantu mengekalkan pengeluaran progesteron dari ovari dan kelenjar adrenal. Double stemcell™ juga bantu meningkatkan stamina dalam kedua-dua lelaki dan wanita pada had fisiologi normal dan oleh itu ia semakin dilihat sebagai tambahan prestasi yang selamat dan semula jadi bagi ahli sukan. Maklumat terkini  bahawa saintis sukan telah menemui  stemcell manfaat dalam atlet mereka sebagai peningkatan stamina adalah dalam had semulajadi. 
 

      Berapa DOS yang perlu diambil untuk 
   mendapatkan hasil yang terbaik?


Setiap orang mungkin berbeza keupayaan penyerapan mereka untuk mendapatkan keputusan yang sewajarnya, melalui ujian dengan pelanggan kami, kami telah memastikan produk ini boleh diambil kedua-duanya pada setiap hari 2 bungkus siang dan malam atau dos  yang tinggi ikut keperluan yang  sepatutnya, supaya boleh dapat kesannya  dalam jangka pendek. Double stemcell™ lebih sesuai diambil sebelum makan sarapan dan sebelum tidur.

APA KESAN SAMPINGAN???


Produk ini, jika diambil pada dos yang disyorkan kesannya sangat baik dan tiada apa-apa kesan sampingan. Walau bagaimanapun, seseorang mungkin mengalami rasa sedikit peningkatan haba badan metabolik (thermogenesis) selepas mengambil Double stemcell™, jika keadaan ini berlaku, pengguna syorkan untuk supaya meningkatkan pengambilan air. Dalam pengalaman, setiap individu bertindak balas sedikit berbeza, jadi dos produk yang bekerja untuk anda mungkin berbeza dengan yang lain. Dos yang tinggi boleh memberi kesan yang lebih dramatik dalam tempoh masa yang pendek sekitar 1-2 hari, manakala dos yang lebih rendah mungkin mengambil masa 1 minggu atau lebih untuk melihat kesan. 

----------------------------------------------------------------------------

KEMPEN HARGAI NIKMAT SIHAT&CANTIK 
DGN PHYTOSCIENCE Double stemcell™ 
  DAPATKAN SKRG!!! 

FREE PRODUCT INFO DARIPADA KAMI..


 CARA MENYERTAI KEMPEN INI:

1.Klik butang LIKE di page 
FB: Zarania Shoppe
atau
FB admin: https://www.facebook.com/eija.ibrahim
2.SHARE gambar ini kepada 15 rakan anda di FB
3.Maklumkan kami  dengan menaip:

<15shares><nama><alamat>

dan hantar ke +60133218997

KAMI BOLEH DIHUBUNGI MELALUI:

PEMBELIAN SECARA ONLINE 




 WE ACCEPT PAYMENT VIA:



















 

Thursday, July 11, 2013

Juadah Berbuka:Nasi Kerabu Asli Segera

Assalamualaikum...
Sahabat sekalian, salam ramadhan kareem...
Hari ni dah masuk hari ke dua kita berpuasa.
Bersahur apakah kalian awal pagi tadi?alhamdulillah..jgn spoilkan pahala puasa kalian dgn skip sahur yea?bersahur byk fadhilatnya.

Tak sempat masak?tak pe..saya ada solusi utk kalian kat sini...teruskan membaca blog ni.

Juadah apa berbuka nanti?

Ermm...sedapnye kalo dlm wad cam ni dpt berbuka dgn nasi kerabu..mengidam skejap krn xdpt merasai kei dahan ramadhan dgn berbuka n bersahur dgn hasil air tgn sendiri..

Ha..buat sahabat yg mengidamkan nasi kerabu di bulan yg mulia ni...
Boleh cuba set nasi kerabu segera yg terjamin kesedapannya.Saya jamin ia sedap kerana mmg saya ketagih memakannya.masak sendiri la katakan...tak perlu beratur.berpanas dan bersesak d bazar ramadhan semata2 nk dapatkan makanan asli kelantan ni..

Kos nak beli  set Nasi Kerabu Segera ni RM25(tmasuk kos pos) nak Cash on Demand pon boleh je..RM20 je..janji bli 5set dlm satu pembelian..

Owh...sangat berbaloi utk org anak ramai..sbb nye...1set bleh makan 10org..jimat you!!!!

Setiap set ada:
Sambal Kelapa(20gram)
Sambal ikan(20gram)
Budu special (1botol)
Pewarna nasi kerabu(biru gelap)
Panduan memasak
Cadangan hidangan

Nak masak pula senang je..
Hanya masak nasi dengan mencampurkan pewarna nasi kerabu dan  1 helai daun pandan(xmau letak pon xpe).

Sambil masak nasi tu bleh la hiriskan sayur@ulam-ulaman segar kesukaan anda.hiris halus-halus...baru nmpk cantik dan senang dihadam.sedap dimakan...

Suggestion ulam yg kaya nutrisi:
Pegaga
Daun selom
Kobis bulat
Kacang botol
Taugeh
Kacang panjang
Daun kesom
Bunga kantan

Semua ulam2 dan sayuran segar ni dihiris nipis dan digaulkan,letak dalam satu bekas.

Ha...skg sampai ke step seterusnya...memekapkan nasi kerabu..opssss...bukan org pompuan je kene mekap,makanan ni pon kene mekap jugak..baru menyelerakan dan sedap dimakan.

Antara bahan tambah yg menaikkan rasa dan selera nasi kerabu ni ialah:

1.Solok lada(malas masak bli je kat    bazar ramadhan)
2.Ayam bakar/Daging Bakar(hiii..malas lagi?ha boleh gak beli.tapi ape salahnya buat sendiri..)
3.Ikan goreng celup tepung(alah...goreng je la sendiri..guna tepung tempura pon jadi...)
4.telur masin(direbus)

Penyediaan Sambal lada:
Cili padi(ikut suka brp tangkai yg agak2 bleh aktifkan rasa pedas mengikut citarasa anda)...campurkan dgn 1 sudu teh garam dan air perahan asam limau(4biji)..limau nipis la yg best..membangkitkan aroma.

Nak beli?nak resepi atau detail lagi leh tanye saya

http://m.facebook.com/pages/Zarania-Shoppe/426108040759145?id=426108040759145&refsrc=http%3A%2F%2Fwww.google.com%2Fsearch&_rdr
WhatsApp jeerr
0133218997

Selamat mencuba..



Tuesday, July 9, 2013

Kayap dan yaya

Assalamualaikum..

Maha Suci Allah yg menguji manusia dgn penyakit dan mengurniakan kesembuhannya
Yaya didiagnose Herpes Simplex semalam.mau terduduk mama menerima berita sedih itu...
Ruam yg dianggap tidak serius itu rupanya sgt bahaya kpd pesakit kanser darah seperti yaya.


Semalaman di kk7 dgn layanan baik staffnurse nya membuatkan hiba kian hilang.yaya dilayan sgt baik.tahniah kpd smua staffnurse dan doktor terlibat. Kini mama bercuti separuh gaji lagi menunaikan tanggungkawab menjaga yaya sepenuh masa di sini.

Buat sesiapa yg belum mengebali simptom penyakit kayap ni..saya kongsikan gambarnya...

Sunday, June 16, 2013

Promosi BEDAK ARAB KOKURYU&BEDAK SYRIA ANY KLAEN

Nyata jelita selamanya...gebu sentiasa...

SEMUANYA DENGAN BEDAK ARAB KOKURYU DAN BEDAK SYRIA ANY KLAEN

Mode penjualan:
1. Borong(minima 100pcs)
2. Dropship(minima 6pcs)
3. Runcit

Harga:
Borong: RM30/pc
Dropship: RM40/pc
Runcit: RM45/pc

Harga runcit dan dropship adalah termasuk kos penghantaran melalui pos.

Maklumat produk:
BEDAK SYRIA ANY KLAEN Nama Bedak Arab Syria tidak asing lagi bagi segelintir wanita di Malaysia. Bedak yang sedang laris di pasaran kini mendapat sambutan yang hangat oleh setiap pengguna kerana keberkesanannya dalam mencantikkan wajah supaya kelihatan ayu dan jelita. Bedak ini juga menjadi kegilaan ramai.Bedak ini diimport dari syria. KENAPA BEDAK SYRIA TERLARIS DI PASARAN? Kerana ianya menjimatkan dan mudah digunakan. Bedak Syria ini gabungan 3 dalam 1 iaitu Moisturizer, Foundation dan Bedak. Jimat bukan? kerana anda dapat ketiga-tiganya dalam 1 pek sahaja. Bukankah ianya menjimatkan wang anda? ANTARA KELEBIHAN BEDAK SYRIA : *100% halal dan suci *Boleh dibawa sembahyang *Sesuai untuk semua aktiviti dan keadaan sama ada ketika bersukan dan sebagainya. KENAPA BEDAK SYRIA ANY KLAEN? *Halal dan boleh dibawa solat *Berat 41g *Harga yang berbaloi dan tahan lama *3in1 (powder+foundation+moisturizer) *Tahan selama 8jam *Bedak ni akan blend ke dalam kulit dalam masa 1min & memberi kecantikan semulajadi *Sgt bagus bila berpeluh dia lagi cantik , shining & glowing *Bedak nie sgt wangi *Boleh cover kulit berminyak *Melindungi jeragat & jerawat *Pada yang berjerawat bedak Ini juga akan mengecutkan jerawat di muka *Anda akan rasa muka semakin gebu . *Mempunyai Vitamin E khas untuk kesihatan kulit anda BEDAK SYRIA ANY KLAEN INI MENJIMATKAN KERANA: ~Boleh tahan sehingga 5 bulan lamanya mengikut penggunaan setiap individu. ~Bedak yang boleh memutihkan wajah anda tanpa menghitamkan dan menggelapkan kulit anda ~Ianya sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira berkulit cerah, gelap dan sebagainya. Ianya sesuai untuk semua kulit. ~Boleh mengecutkan jerawat bagi yang muka berjerawat. PILIHAN WARNA BEDAK SYIRIA YG SESUAI UNTUK WARNA KULIT WANITA MALAYSIA CODE : 7 (GENTIL) : SEDERHANA CODE : 6 (RICHE) : SAWO MATANG CODE : 8 (PRINCESSE) : CERAH Bedak Syria Any Klaen dicipta untuk anda yang ingin kekal jelita sepanjang hari. Anda tak perlu gusar jika terpaksa bekerja/berada dibawah terik matahari.. malah anda akan tampak kemerah-merahan & kelihatan lebih cantik lagi. TAHNIAH KERANA MEMILIH BEDAK SYRIA ANY KLAEN Bedak Syria didatangkan dengan Beauty Sponge. Bedak Syria merupakan powder digabungkan dgn krim kecantikan secara saintifik membentuk powder, foundation, moisturizer dalam satu. Bedak Syria ni 3in1 dipendekkan cerita. Bedak Syria merupakan formula kecantikan yang unik sesuai untuk semua jenis kulit, didatangkan dengan warna yang halus, tidak menggelapkan kulit, mampu melindungi jeragat serta parut di muka anda, senang. BASAHKAN SPONGE dan terus sapu ke muka. Anda akan kelihatan cantik secara semulajadi walaupun berjemur di bawah sinaran matahari malah akan melembabkan kulit muka anda.

LIKE,CADANGKAN KEPADA RAKAN DAN MENANG

Promosikan page kami iaitu FB : Zarania Shoppe dan menangi hadiah menarik bernilai rm140...

Pm kami senarai nama rakan yg berjaya 'like ' page Zarania Shoppe

PEMENANG AKN DIUMUMKAN DI PAGE PADA 12.00 MLM (JUMAAT)
21/06/2013

Terima kasih kerana menyokong kami.

Saturday, June 1, 2013

Jom Shopping di Zarania Shoppe

Assalamualaikum..
Pelawat yg saya sayangi..Di sini saya nak buat promosi barangan jualan saya yang terhangat di pasaran...

Untuk details pembelian,bolehlah menjejaki Kedai FB kami iaitu:

* Zarania Shoppe
* Eija Ibrahim
Atau hubungi admin di akaun FB di atas...

Berikut adalah barangan jualan kami

Produk kecantikan&kesihatan
*Herbalife
*Aura White
*Catalyst
*SNE Beutskin
*Bedak Arab Kokuryu
*Bedak Syria Any Klaen
*Anugerah
*Penawar Kanser
*Solid Fiber

Pakaian dan aksesori
*Baju Kurung Pahang Bermanik
*Handbag Coach&LV
*Kerongsang
*Singlet anti boroi

Kelengkapan dapur dan rumah
*Periuk/pemanggang ajaib Are-ikan

Kami menawarkan pembelian BORONG dan RUNCIT.

Pembelian secara terus/COD hanya di kawasan Batu Caves@Gombak sahaja.

Setiap pembelian secara online akan dipos dengan menggunakan perkhidmatan Skynet terus ke alamat anda.

Transaksi adalah dalam nilai Ringgit Malaysia.

Maklumat lanjut sila hubungi admin di

Sms/whatsApp: 0133218997
FB: Zarania Shoppe
Email:zaraniashoppe2u@gmail.com

SIHAT ITU NIKMAT YG PALING BERHARGA



ASSALAMUALAIKUM…

Sahabat Pelawat yg saya hormati ..terima kasih di atas kesudian kalian meluangkan masa membaca tulisan saya ini..

Sihatkah anda hari ini?
Bagaimana dengan ahli keluarga anda…suami, isteri, anak, mak, ayah , adik, abang , kakak…sihat kah mereka…?

Alhamdulillah…syukur sgt, setelah sebulan anakanda Yaya menamatkan kimo intensif, rasa seperti baru hidup semula selepas tidur yg lama…

apa tidaknya??PENGALAMAN  BESAR menemani anak yg sakit menerima rawatan di wad selama 8 bulan sangat berharga, dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila…daripada pengalaman ini lah, saya belajar menghargai nikmat sihat sebelum sakit…hidup sebelum mati…jua menyaksikan detik kematian seorang insan di depan mata di dalam  pangkuan..

Apalah ertinya diri berharta bila sakit menduga..? semua sama sahaja..sakit tidak menimpa org miskin..bahkan jua yg kaya tidak terkecuali diujiNya…

Bila sakit..selera terbantut, serba serbi tak kena, tidak selesa, terpaksa berpantang demi meraih sihat kembali menjegah usia…pendek kata nikmat hidup dicatu utk sementara..namun usaha demi usaha dilakukan menggamit penyelesaian yg ampuh demi melawan peyakit yg menimpa…semuanya menuntut pengorbanan yg bukan sedikit.

Ya…itulah  yg saya fikirkan bila diuji anak sakit kronik…(Alhamdulillah….skrg rasanye mcm dah tak kronik…dah..Allah bagi penyakit..Allah turunkan penawar..Alhamdulillah.)

Di sini saya nak kongsikan  kisah menjaga anak di hospital..sepanjang di wad..antara agenda utama ialah makan 4 kali sehari..and..its FREE…hihihi..tapi yg makannya saya..bukan anak..sebabnya????Anak tak ada selera dengan MENU HOSPITAL, kerana sentiasa dihibur  dengan makanan di atas permintaan demi memenuhi selera org tengah kimo..tp saya???? TERPAKSA DAN RELA makan demi kelangsungan tenaga utk terus berjaga dan berjaga membelai dan memenuhi kehendak anak tercinta. Akibatnya…BERAT BADAN NAIK hari demi hari..daripada 46 kg menjadi 57 kg..pon begitu tidak berakhir di situ…akibat MAKAN tak menentu, kurang serat dan nutrisi yg seimbang…SEMBELIT pula datang tanpa  diundang..siksa betul bila nyahtinja hanya berlaku 2 minggu sekali...SERIUSSSSSSSS toksin bermaharajalela dlm badan..angin satu badan menyerang…dan MIGRAIN pon bertandang…Konklusinya, bukan hanya anak yg sakit..ibunya juga terlibat sama…

Tatkala itu, memang saya sangat menitik beratkan hal kesihatan…kerana bimbang mudharat ini- sekiranya dibiarkan berterusan boleh mengundang MALANG...siapa yg nak jaga anak ini...jika ibunya tak berdaya lagi???? Bapanya seharian kerja mencari sesuap nasi utk kami sekeluarga..


Oh NIKMATNYA KESIHATAN…tak terbayar dek wang …hanya Allah YG TAHU BETAPA SAYA BERSYUKUR DENGAN NIKMAT SIHAT YG MASIH LAGI DIPINJAMKAN….

Saya doakan sahabat pelawat dan keluarga juga sentiasa sihat dan dilindunginya..Ameen.

 

Ikuti entri seterusnya…AIR: ASAS KESIHATAN TUBUH BADAN

Monday, May 20, 2013

Memasuki fasa maintenance chemotherapy

Assalamualaikum..
Setelah sekian bulan Yaya dan mama menjadi penunggu setia rawatan kelas pertama di wad KK3, IPHKL, hari ini tibalah masa yang ditunggu yakni permulaan kimoterapi penyelenggaraan(maintenance chemo)..ceh..rase macam kenderaan atau mesen pula..ada selenggara2 gitu..yela..sekian bulan badan kecil ini dimasuki dadah kimo yg bermacam nama ,warna dan kuantitinya...so tiba la masa untuk badannya kembali belajar berfungsi seperti kanak2 seusia..namun..dengan cara tersendiri...dadah kimo masih perlu dimasukkan secara berkala dalam kuantiti yg lebih sedikit...supaya tidak mengganggu fungsi organ dlm badan...

Umpamanya mcm nk kurangkan manis gula dlm makanan la...kalo terus kita cut off gulanya...xtertelanlah makanan tu dek si penggemar makanan manis yg baru belajar nak berdiet mengurangkan gula dlm makanannya..sungguhpun dia tahu bahawa gula tu banyak buruk daripada baiknya dlm kesihatan manusia.

Begitu juga dgn kimoterapi..sewajarnya dos atau kuantiti dadah kimo tidak boleh diberhentikan secara mengejut daripada dimasukkan ke dalam badan pesakit kerana dibimbangi akan merosakkan fungsi limpa dan buah pinggang pesakit...(betulkan saya seandainya ada silapnya..kerana makluman ini saya peroleh secara tak sengaja semasa diberi kaunsel tentang ubat oleh pegawai farmasi di sini)

Sepatutnya temujanji Yaya di Unit Rawatan Harian ialah pd pagi esok (20/15/2013) Namun, desakan dan tangisan kesakitan si kecil Yaya telah membawanya terlebih awal mengunjungi KK3 lantaran aduan sakit perut, diikuti cirit birit luar biasa, dan muntah yg merisaukan mamanya.Makanya bermalamlah mama dan Yaya di sini lagi..ditemani drip kosong 10cc mencukupkan air dalam badan yaya yg mungkin terkurang dek dehidrasi lantaran cirit memanjang...dan tabiat kurang minum air bila diri terasa sakit...selera pon turut terbantut.hanya roti menjadi santapan bersama Pediasure Vanilla menjadi hiburan bibir diteguk perlahan di kala kehausan. tak mengapa lah anak...asalkan dirimu cukup tenaga untuk terus berjuang..dan kekal aktif sepanjang masa.

Buat sahabat di arena pendidikan......so sorry lah yea?saya terpaksa bercuti separuh gaji lagi..mohon gantian yg mana patut kerana keuzuran ini sesungguhnya tidak pernah disengajakan...teruskan berjuang demi anak bangsa zaman berzaman. Tingkatkan prestasi..kejarlah APC...hehe..saya xpnah mimpi pon utk dapat APC..asyik cuti je memanjang...ada d sekolah pon kurang jam., dek tuntutan kesihatan anak yg meraih seribu pengorbanan..berkejar ke hospital, balik ke sekolah, kembali ke wad..kadang terus ke rumah...itulah rutin harian yg menginjak kelainan serta mengundang pengertian sesetengah pihak  yg sewajarnya..

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah persekitaran yg sentiasa positif menerima kekurangan dan kelebihan diri ini dlm melengkapi setiap rutin dan tugas seharian. majikan yg sentiasa memahami dan menjaga kebajikan kami sekeluarga yg diuji dgn masalah kesihatan.tidak dilupakan sahabat seperjuangan yg sentiasa mendoakan kesejahteraan Yaya penuh pengharapan. Juga tak dilupakan masyarakat sekeliling serta kejiranan yg tak pernah menolak menghulurkan bantuan..terima kasih semua...Hanya Allah mampu membalasnya..Alhamdulillah...saya pasti akan kembali ke arena yg diperjuangkan -pendidikan dengan membawa suatu perubahan demi kecemerlangan anak didik tersayang..akan ditebus segala kekurangan dan kekhilafan yg tak pernah disengajakan..demi kerjaya yg juga periuk nasi kami sekeluarga.

Sebelum tangan ini berhenti menaipkan perwakilan kata, seharusnya saya berterima kasih yg tidak terhingga kepada warga IPHKL yg sudah banyak berkhidmat penuh mesra dan tanggungjawab sepanjang yaya menjalani rawatan di sini. Terutamanya staff KK3 dan Unit Rawatan Harian yg sentiasa memberikan rawatan dan perkhidmatan kelas pertama yg tiada di tempat lain...hanya yg pesakit dan keluarga dapat menilainya..penilaian itu bersifat subjektif  bg setiap individu dan,.tiada siapa yg boleh menafikannya..keikhlasan dan sokongan yg diberikan pasti dikenang spnjg masa.

Terima kasih semua...



Sunday, April 14, 2013

Motivasi untuk diri sendiri

Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat para pembaca setia.

Esok 15/04/2013...untuk ke -3 kali nya dalam bulan ini yaya perlu buat Full Blood Counts(FBC) as a preparation to continue intravenous cyclophosphamide to complete the intensive chemotherapy..

dah 3 kali check.semua failed to start all over again..selepas complete antibiotik mnggu lepas..yaya diserang selsema teruk.Natijahnya..bil sel darah putih terus menjunam turun...disebabkan counts slalu rendah, yaya xdibenarkan utk teruskan kimo buat sementara waktu.

Di saat mamanya update blog ini..fikiran xhenti memikirkan apakah nasib dan hakikat yg perlu ditempuh esok..berjaya atau tidak utk kimo lagi?..

Sebenarnya..mama amat2 mengharapkan yaya dpt kimo esok.23/04/2013 ini mama terpaksa melapor diri dan mulakan kerja setelah bercuti separuh gaji utk kesekian kalinya...Segalanya mama serah kepada Allah...Dia lebih Mengetahui dan Perencana Terbaik dlm menentukan perjalanan hidup ini.

Walau payah..aku xakan sekalipon goyah..andai takdir sudah..aku terpaksa pasrah..namun...utk terus menyerah tanpa tabah berikhtiar sendiri..itu tidak akan terjadi sama skali..

Monday, April 8, 2013

TAK JADI KIMO..

Assalamualaikum.

Sedihnya tak terkata hari ni..Yaya tak jadi kimo.Pagi-pagi lagi ke unit rawatan harian dgn mood yg tak berapa baik,sudahnya..bukak je pintu daycare...yaya tak mau masuk.Masih fobia dgn suntikan aspar. Setelah dipujuk beberapa kali, barula yakin utk masuk. Tapi masih masam mencuka. Tak mau ditegur,apa lagi utk menegur kawan-kawan sekeliling. Staffnurse Nik berjaya memujuk yaya utk masuk ke bilik rawatan bagi prosedur CVL flushing, dressing dan blood taking.Hari ni yaya kn buat FBC dan RP. Selesai sahaja prosedur, darah dihantar ke makmal patologi secepat mungkin. Dalam masa 20 minit..keputusan darah yaya amat mengecewakan. Absolute neutrophil counts (ANC) nya hari ni hanya 0.36 sahaja.syarat utk kimo, ANC mesti mencecah 0.5. So Dr. Soomi menasihatkan yaya balik dan kembali ke daycare utk FBC hari khamis...bermakna ada 2 hari utk improve ANC.

Oh My God...macam mana nak naik naikkan ANC secepat 2 hari ni! Yaya mesti diberi minum jus durian belanda sebanyak mungkin...tak boleh keluar rumah dan tak boleh terima pelawat buat masa ni. Mama uruskan barang yg dah tersedia di hantar di KK3 utk tujuan admission kali ni.Mana la gi nak letak barang yang banyak tu melainkan dalam locker.. Nasib baik staffnurse Ayuni ada..ahhh.... Sewa je la locker walau satu hari.Selesai masalah...Semasa masuk ke KK3 tadi mama nampak ramai staffnurse yg baru-buat post basic. Meraka belum lagi mengenali yaya. Kelakaar ulak rase bila teringatkan gelagat yaya tadi.Mama sibuk angkut barang sumbat dalam locker.YAya pulak sibuk mengekor dari belakang. staffnurse pula sempat mentakay yaya dengan menyembunyikan dora Yaya. Tercari2 kawan ni bila diajak balik...Bahagia rasa bila berada di wad yang dikendalikan oleh staffnurse yg mesra dan tak lokek membantu tanpa diminta...mereka sungguh berdedikasi.Bekerja tanpa erti penat lelah, begitu juga dengan doktor-doktor di sini..

Pada fikiran mama, ANC yaya jatuh teruk akibat jangkitan semasa demam di wad.Sampai sekarang, yaya masih selsema dan mulai batuk.Masih Febrile Neutropenia-satu situasi kesihata yg paling mama tak suka..kerana ia boleh melambatkan lagi jadual kimo intensif rania utk ditamatkan.

Mama sememangnya sudah berusaha utk memberikan yg terbaik.Namun kuasa Allah dan perancanganNya lebih utama.Sabar lah wahai anak...

Monday, April 1, 2013

KIMOTERAPI PALING BERAT

Assalamualaikum...
Dah hampir seminggu saya tak update entri.
Yaya terpaksa admit selepas kimo 6jam isnin lepas...

Berikut ialah entri yg sempat saya coretkan semasa yaya tidur waktu kimo last week...tapi malangnya tak sempat post kerana selepas kimo..yaya demam..

Hari ini (1/4/2013), Yaya menjalani sesi kemo 6jam dos yang terakhir. Mama dan papa menemani Yaya di wad Unit Rawatan Harian.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagamana yg diharapkan.Mulanya Yaya kelihatan tiada mood, dan agak tidak selesa berada di tempat ramai org dan diperhatikan. Mane tak nya...dulu, yaya dikenali kerana penampilan rambutnya yg agak berbeza. Namun penampilannya hari ni jelas berbeza. Kepala yaya dah botak..ramai staffnurse daycare tak cam yaya pagi ni..tp bila tgok mama dukung,baru diorang tahu..itu yaya.

Petang ni mmg sangat sunyi.Yaya pulak demam tatkala ubat kimo hampir habis diinfusikan ke dalam badannya.suhu badan yaya mencecah 38.6 darjah celcius..Staffnurse bertugas menghubungi Dr Soomitra yg oncall. Sudahnya terpaksalah kami 3 beranak menunggu di unitvrawatan harian. Yaya perlu pemantauan sehingga pukl 8.30mlm. Seusai solat magrib, yaya dimasukkan ke wad Kk3 kerana sangat lemah dan demamnya semakin menjadi-jadi.

Dr.Soomi memulakan antibiotik Amikacin dan Cefapime. Bermakna berkampunglah mama dan yaya di KK3 selama seminggu..

Kami diberi kejutan dengan kunjungan Aaron Aziz dan Lisa Surihani. terhiburlah jugak.Namun hati kami kuat utk balik ke rumah kerana dah penat berada di wad..

Ok..its ime to share gambar yaya semasa warded kali ni...












Saturday, March 30, 2013

SEMUA TENTANG B17: APRICOT SEED

SIAPA YANG MENEMUI KEAJAIBAN

 BIJI APRICOT?

Pada tahun 1950, setelah bertahun-tahun penyelidikan, Dr. Ernest T. Krebs, seorang doktor biokimia telah menemui satu vitamin lalu menomborkannya sebagai Vitamin B17 dan dipanggil Laetrile. 
Setelah beberapa tahun, orang ramai semakin percaya bahawa Dr. Krebs telah menemui pengawal dan penyembuh kanser iaitu Vitamin B17, ramai pesakit kanser yang telah sembuh  setelah mengambil vitamin tersebut.  Namun begitu, beberapa ketika kemudian, organisasi multinasional farmaseutikal melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawati kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di Amerika Syarikat.  Sekiranya Vitamin B17 berleluasa, industri kemoterapi, radiasi dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan jutaan dolar pasti akan lingkup.  Sebab itu propaganda itu dilancarkan.

Selepas itu, Dr. Krebs berpindah ke Mexico dan penemuannya disambut baik di sana.  Hospital-hospital di Mexico menawarkan rawatan kanser dengan Vitamin B17.  Setiap tahun, ramai rakyat Amerika Syarikat  yang pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser dengan Vitamin B17.  Peratusan besar daripada mereka berjaya dirawati, malahan pesakit yang berada di tahap 'menunggu masa' (terminal cancer) juga sembuh.  Hanya sebilangan kecil yang tidak berjaya kerana organ dalaman mereka telah teruk dirosakkan oleh rawatan kemoterapi dan radiasi.

Tetapi di sudut lain, FDA, AMA dan American Cancer Society masih meneruskan propaganda mereka mangatakan Vitamin B17 adalah tipu semata-mata.  Dan oleh sebab itu, beratus-ribu pesakit kanser mati setiap tahun disebabkan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radiasi, sehinggalah sekarang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Dr. Ernest T. Kerbs dan Vitamin B17, sila lawati en.wikipedia.org/wiki/Ernst_T._Krebs.

APA KATA PAKAR-PAKAR BIOKIMIA MENGENAI VITAMIN B17? 

Dr Ernesto Contreras, Oasis of hope Hospital : Beliau telah berjaya merawat 100,000 lebih pesakit kanser menggunakan Vitamin B-17.
Menurut Dr Philip E . Binzel, Pakar Kanser, Ohio, Usa :“B17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan kanser”.
Dr . Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia : “Kanser adalah penyakit metabolic … terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser”.
Dr Dean Bur , Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci : “Dibawah mikroskop kami masukkan B17 keatas sel kanser, kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali”.
Dr Kanematsu Suguira, Penyelidik Kanser terkenal di dunia : “B17 adalah ejen anti barah paling berkesan yang pernah diujinya”.
Dr Ernest Kreb Jr, Pakar Biochemist, Pengasas Vitamin B15 dan B17: “B17 adalah harapan utama dan terakhir di dalam terapi kanser”.
Dr Hans Nieper, Pakar Kanser dari Jerman Barat : “Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar , saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan.  Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser”.

KENAPA PAKAR-PAKAR PERUBATAN TIDAK MENGGUNAKAN VITAMIN B17 SEBAGAI KAEDAH MERAWAT PENYAKIT KANSER?

Sebuah buku yang ditulis oleh G.Edward Griffin, bertajuk "The Politics of Cancer Theraphy" menunjukkan satu bukti penipuan besar, ketidakjujuran dan penyalahgunaan kuasa dalam bidang kajian perubatan.  Ini kerana, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa Laetrile atau B17 sebagai tiada nilai kepada rawatan anti kanser.  Para pelajar perubatan di institiusi-institusi diajar dan diberi latihan yang berunsurkan rawatan moden, (drug-oriented training).  Selain itu, para doktor juga dipaksa untuk menggunakan cara rawatan moden sahaja seperti kimoterapi, radiasi dan pembedahan bagi mengubati kanser, walaupun cara rawatan tersebut tidak efektif.  Mereka hanya diajar untuk mengubati simptom-simptom, tanpa menfokuskan punca-punca penyebab kanser.  Itulah kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam dunia perubatan sekarang apabila wang dan nyawa manusia menjadi taruhan.

Fakta logik dan sains menunjukkan bukti kehadiran enzim-enzim dan scientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku.  Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah mengesahkan berlakunya proses ini.  FDA (merupakan badan yang mengawal ubat-ubatan dunia) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim Laetrile dari Biji Apricot dapat membunuh sel kanser.  Walaupun FDA mendapati terdapat bukti kukuh bahawa Laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh sel kanser, atas kepentingan kewangan dan politik, Amerika Syarikat melalui FDA  telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut untuk memberi laluan kepada gergasi-gergasi farmasi mengaut keuntungan berbilion dolar hasil penjualan ubat kimoterapi dan penjualan peralatan berkaitan rawatan kanser.


JENIS-JENIS KANSER YANG BOLEH DIRAWAT

KANSER PAYUDARA
KANSER RAHIM
KANSER PROSTAT
KANSER PARU-PARU
KANSER USUS BESAR
KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
KANSER PUNDI KENCING
KANSER DARAH/LEUKIMIA
KANSER REKTUM/DUBUR
KANSER TULANG
KANSER OTAK
KANSER OVARI
KANSER HATI
KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
KANSER KULIT
KANSER MULUT
KANSER HIDUNG
KANSER TIROID
KANSER TEKAK
KANSER TESTIS
KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
KANSER PERUT
KANSER PANKREAS
KANSER PITUITARI
KANSER KELENJAR LIUR
KANSER VAGINA/FARAJ
KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
DAN LAIN-LAIN KANSER

B17 Amygdalin/Nitrilosides/Laetrile

Laetrile, Vitamin B-17 atau Amygdalin merupakan kimotherapi secara semulajadi dan boleh di dapati pada 1,200 jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya pada biji dan buah seperti apricot, pic, buah plum epal dan lain-lain. Ia terdiri dari komponan glucocide dan radikal sianida “bio- accessible”. Ini bermaksud ia dapat menembusi membran selular sehinggalah kepada intrasel dengan tepat dan mudah.Sel-sel kanser, tidak kira jenis kanser, dikenali sebagai Trophoblasts.
Sel-sel trophoblasts ini mengandungi satu enzim dipanggil Beta-glucosidase, B17 (Amygdalin) merupakan sebuah alat untuk membuka kunci enzim ini . Bila B17 ini berjumpa dengan enzim beta glukosidase, B17 terurai untuk membentuk dua molekul glukosa, satu molekul benzaldehid dan satu molekul hidrogen sianida (HCN). Untuk pengetahuan anda hanya badan atau tubuh manusia yang mempunyai sell kanser sahaja mempunyai enzim ini ( Enzim Beta-glucosidase ). Sedangkan pada tubuh manusia normaL enzim ini tidak ada. Enzim ini akan terbentuk di sekitar dinding sel kanser, enzim ini amat di perlukan oleh sel kanser untuk proses pembesaran. Sel kanser tidak dapat hidup jika tidak ada enzim ini.
Amygdalin akan lebih berkesan jika di gabungkan dengan Pancreatic Enzymes Univase Forte dan Biji Apricot
Jika tiada sel-sel kanser dalam badan, tiadalah beta glukosidase. Jika sekiranya tiada beta glucosidase, tidak HCN akan terbentuk dari Laetrile, B17 atau Amigdalin. Sel-sel normal dalam organisma kita mengandungi satu enzim dipanggil Rodhanese yang "meneutralkan" Amygdalin. Enzim ini tidak membenarkan Amygdalin untuk membebaskan sianida. Dalam cara ini, Amygdalin cuma digunakan sebagai glukosa untuk sel-sel yang sihat dan menyediakan tenaga.
Rodhanese dari sel normal berfungsi untuk meneutralkan Hcn yang di bebaskan oleh B17 akibat bertindak balas dengan enzim Beta-glucosidase yang hanya boleh di jumpai pada sel kanser. Kita juga tahu B17 terurai untuk membentuk dua molekul glukosa, satu molekul benzaldehid dan satu molekul hidrogen sianida (HCN) setiap kali bertemu dengan enzim Beta-glucosidase. Dua molekul glukosa yang di uraikan ini akan di serap oleh sel normal, kesanya sel normal akan menjadi lebih bertenaga sedangkan benzaldehid dan satu molekul hidrogen sianida (HCN) tadi di naturalkan oleh Rodhanese.
Sel-sel malignan ( kanser ) tidak mengandungi enzim Rodhanese ini. Oleh kerana sel malignan tidak ada enzim Rodhanese makan HCN tidak dapat di naturalkan. B17 di aktifkan untuk membebaskan HCN. HCN terus memusnahkan sel malignan. Dalam situasi tidak di lindungi oleh enzim Rodhanese.
HCN yang telah di naturalkan oleh Enzim Rodhanese akan melalui proses Penyahtoksin, melalui kemampuan tisu mamalia dengan kehadiran sebatian sulfur menukarkan sianida kepada tiosianat. Dan di buang melalui sistem perkumuhan mamalia.

APA YANG KITA TIDAK TAHU

Vitamin B17 berada di pasaran Negara kita, ramai orang terkejut, betul ke kanser ada penawar?. Betul ke kanser boleh di sembuhkan ? Ramai yang tidak percaya kanser boleh di sembuhkan. “Allah yang menurunkan penyakit maka Allah juga yang menyembuhkanya” Cuma kita sahaja yang tidak bertemu dengan ubat yang betul. 

Ramai orang yang tidak percaya bahawa kanser dapat di sembuhkan 100%. Mereka ingin bukti secara ilmiah bahawa kanser benar-benar boleh di sembuhkan. Apa yang mereka inginkan adalah: Apakah B17 telah di uji di makmal dan apakah hasil ujian makmal terhadap B17.

Adakah vitamin B17 bekerja di makmal?

Pada 1953 para penyelidik penyakit kanser di California melapurkan, dalam lapuran tersebut mereka menggunakan dosis B17 atau Amygdalin atau laetrile jauh lebih rendah dari yang di guankan saat ini ( dibawah 1500mg sehari ) lapuran tersebut menunjukan " 100% pesakitnya yang dikaji berkata ada peningkatan dalam erti kesejahteraan dalam hidup, nafsu makan semakin meningkat, mendapatkan berat badan yang sempurna , dan penurunan rasa kesakitan dengan cepat sekali...”

Selama lima tahun, antara tahun 1972 dan 1977 Vitamin B17 di uji lagi dengan standar ujian yang sangat ketat di uji di Sloan-Kettering Institute for Cancer Research di Manhattan bawah penyeliaan dan arahan Dr Sugiura. Maknanya setelah melalui proses ujian selama 5 tahun, barulah mereka mendedahkan hasil ujian mereka pada masyarakat umum hasilnya sangat menggemparkan.

1.B17 berjaya berhentikan metastasis (penyebaran kanser) pada tikus. 

2.B17 berjaya meningkatkan tahap kesihatan mereka secara umum.

3.B17 berjaya menghalang pertumbuhan tumor kecil. 

4.B17 berjaya menghilangkan rasa sakit 70% pengidap kanser.

5.B17 bertindak sebagai agen pencegahan kanser 100%.

Setelah memperoleh keputusan yang positif daripada penyelidikan yang di lakukan oleh Dr Sugiura selama 5 tahun. Mendorong dua orang doktor untuk melakukan penyelidikan yang sama terhadap B17 ini, mereka adalah Dr Elizabeth Stockert dan Dr Lloyd Schloen. Dr Lloyd Schloen telah melakukan penyelidikan dengan lebih mendalam dengan menambah Pancreatic Enzymes oral atau dengan suntikan - seperti yang biasa dilakukan oleh doktor laetrile - dan melaporkan kesembuhan 100% antara tikus Switzerland albino nya yang telah di uji.

Penemuan ini tidak menyenangkan Sloan-Kettering Institute for Cancer Research di Manhattan yang sangat berharab agar dapat mencipta ubat kanser bukan dari bahan semula jadi. Tidak ada wang boleh dilakukan jika jawapannya boleh ditemui dalam enzim makanan dan vitamin. Mereka memerintahkan agar penyelidikan dilakukan sekali lagi dengan menukar parameter sehingga mereka boleh mengatakan "laetrile tidak bekerja". Cerita sepenuhnya boleh anda dapati dengan membaca buku World Without Cancer. Mengapa mereka masih sukar untuk menerima sebuah kebenaran? Jawapannya adalah kerana “wang”.

Ross PELTON, R. Ph, PhD, dan Lee Overholder PhD, Alternatif di Terapi Kanser (Simon & Schuster, New York 1994), mengutip kajian makmal berikut:

- Dalam sebuah kajian yang ditaja oleh Yayasan McNaughton di San Ysidro, California, laetrile disuntik ke haiwan makmal dengan dos 500mg. Mendapati jangka hayat kehidupan haiwan yang dirawat laetrile adalah 70% lebih lama berbanding dengan haiwan yang tidak di rawat. Hasil penyelidikan ini telah di bentangkan pada “lapuran laetrile” pada bulan Julai 1977. 

- Kajian yang dilakukan di Institut Pasteur di Paris, dengan menggunakan model tikus dengan kanser adenokarsinoma, menunjukkan bahawa tikus yang dirawat laetrile selamat dua kali ganda.

- Pada tahun 1977 Dr Harold Manner mendedahkan hasil kajian yang di lakukan Universiti Loyola di Chicago. Dalam sebuah kajian dengan 84 tikus, 75 mengalami regresi lengkap tumor payudara, dan sembilan lain menunjukkan regresi separa.

 
 
Info lanjut? HUBUNGI SAYA: 
 
FB:Eija Ibrahim
Email:cikgutuyut@gmail.com
SMS/VIBER/WhatsApp: 0133218997

KANSER DAN PENYEMBUHAN: AMALAN PESAKIT KANSER

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pelawat, tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.