Nuffnang Ads

Saturday, March 16, 2013

PERMATA HATI YANG DIUJI

KISAHKU DAN DIA SUATU KETIKA DAHULU

Aku merasakan aku seorang ibu yang tabah(cheeee wahhhh, masuk bakul angkat sendiri nampaknya..) setelah berjaya melahirkan seorang bayi seberat 2.9kg secara NORMAL...Alhamdulillah....syukur kpd Allah...walaupun hakikat sebelumnya kandunganku dinafikan untuk dilahirkan normal lantaran aku mengalami pendarahan serius sejak awal kehamilan sehingga bayi  kesayanganku dilahirkan. Pernah sekali...seorang doktor mencadangkanku agar menggugurkan sahaja kandungan kerana mendapati bayi yang kukandung saat  itu dikhuatiri cacat...atau mungkin tidak sempurna dari segi fizikal atau genetiknya...namun...SIAPA dia utk melawan TAKDIR Yang Maha Berkuasa. 
Aku yakin si kecil dalam rahimku saat itu pasti di bawah jagaanNya. Saban waktu aku istiqamah mendoakan kesejahteraannya...

Aku nekad meneruskan perjuangan
ku sebagai ibu hamil yang cukup bermasalah.
Sekian hari dan minggu menjadi tetamu tak diundang klinik swasta dan hospital kerajaan.DIUSUNG ke unit kecemasan akibat pendarahan luar biasa dan ke sakit di situ dan di sini.. Pendarahanku tidak pernah berhenti lantaran tugasku sebagai guru menuntut pergerakan aktif naik turun tangga mendatangi pelajar yang perlukan curahan ilmu pengetahuan yang berdaya aku sampaikan. Ku gagahi jua penat, risau, sakit dan perih itu dengan gembira demi mempertahankan zuriatku yang tercinta...sehinggalah Rania Irdina dilahirkan pada 07 Disember 2009 setelah bertarung nyawa selama hampir 36 jam menahan sakit yang tak dapat diceritakan swadaya dan selayaknya yg mampu ditanggung, aku seorang wanita.  
 Ujianku  BELUM habis  dengan laungan iqamah suamiku menandakan syukur-bayi perempuan selamat dilahirkan. Selama 3 JAM 30 MINIT uri dari rahimku masih gagal dikeluarkan.
Azabnya memang Allah Tahu...dan, aku yang sabar  merasa...namun tak pernah aku persalahkan sesiapa kerana aku redha ...ini lah yang dinamakan UJIAN....aku bersedia diambil nyawaku jika dah sampai  ajal yang dijanjikan Tuhan...namun...aku masih diberikan nafas yang boleh dihela panjang....SYUKUR...AKU MASIH MAMPU MENATAP WAJAH SI KECIL YANG DAH LAMA AKU RINDUKAN.......

Rania Irdina selepas diiqamahkan,

Si KECIL -satu satunya penyambung warisan genetik kami...sihat walafiat sahaja....tak seburuk yg 'doktor itu' jangkakan....

Rania Irdina 11 hari selepas dilahirkan
TERNYATA...KUASA ALLAH MENGATASI KUASA MANUSIA.....




No comments:

Post a Comment