Nuffnang Ads

Sunday, April 14, 2013

Motivasi untuk diri sendiri

Assalamualaikum.
Salam sejahtera buat para pembaca setia.

Esok 15/04/2013...untuk ke -3 kali nya dalam bulan ini yaya perlu buat Full Blood Counts(FBC) as a preparation to continue intravenous cyclophosphamide to complete the intensive chemotherapy..

dah 3 kali check.semua failed to start all over again..selepas complete antibiotik mnggu lepas..yaya diserang selsema teruk.Natijahnya..bil sel darah putih terus menjunam turun...disebabkan counts slalu rendah, yaya xdibenarkan utk teruskan kimo buat sementara waktu.

Di saat mamanya update blog ini..fikiran xhenti memikirkan apakah nasib dan hakikat yg perlu ditempuh esok..berjaya atau tidak utk kimo lagi?..

Sebenarnya..mama amat2 mengharapkan yaya dpt kimo esok.23/04/2013 ini mama terpaksa melapor diri dan mulakan kerja setelah bercuti separuh gaji utk kesekian kalinya...Segalanya mama serah kepada Allah...Dia lebih Mengetahui dan Perencana Terbaik dlm menentukan perjalanan hidup ini.

Walau payah..aku xakan sekalipon goyah..andai takdir sudah..aku terpaksa pasrah..namun...utk terus menyerah tanpa tabah berikhtiar sendiri..itu tidak akan terjadi sama skali..

Monday, April 8, 2013

TAK JADI KIMO..

Assalamualaikum.

Sedihnya tak terkata hari ni..Yaya tak jadi kimo.Pagi-pagi lagi ke unit rawatan harian dgn mood yg tak berapa baik,sudahnya..bukak je pintu daycare...yaya tak mau masuk.Masih fobia dgn suntikan aspar. Setelah dipujuk beberapa kali, barula yakin utk masuk. Tapi masih masam mencuka. Tak mau ditegur,apa lagi utk menegur kawan-kawan sekeliling. Staffnurse Nik berjaya memujuk yaya utk masuk ke bilik rawatan bagi prosedur CVL flushing, dressing dan blood taking.Hari ni yaya kn buat FBC dan RP. Selesai sahaja prosedur, darah dihantar ke makmal patologi secepat mungkin. Dalam masa 20 minit..keputusan darah yaya amat mengecewakan. Absolute neutrophil counts (ANC) nya hari ni hanya 0.36 sahaja.syarat utk kimo, ANC mesti mencecah 0.5. So Dr. Soomi menasihatkan yaya balik dan kembali ke daycare utk FBC hari khamis...bermakna ada 2 hari utk improve ANC.

Oh My God...macam mana nak naik naikkan ANC secepat 2 hari ni! Yaya mesti diberi minum jus durian belanda sebanyak mungkin...tak boleh keluar rumah dan tak boleh terima pelawat buat masa ni. Mama uruskan barang yg dah tersedia di hantar di KK3 utk tujuan admission kali ni.Mana la gi nak letak barang yang banyak tu melainkan dalam locker.. Nasib baik staffnurse Ayuni ada..ahhh.... Sewa je la locker walau satu hari.Selesai masalah...Semasa masuk ke KK3 tadi mama nampak ramai staffnurse yg baru-buat post basic. Meraka belum lagi mengenali yaya. Kelakaar ulak rase bila teringatkan gelagat yaya tadi.Mama sibuk angkut barang sumbat dalam locker.YAya pulak sibuk mengekor dari belakang. staffnurse pula sempat mentakay yaya dengan menyembunyikan dora Yaya. Tercari2 kawan ni bila diajak balik...Bahagia rasa bila berada di wad yang dikendalikan oleh staffnurse yg mesra dan tak lokek membantu tanpa diminta...mereka sungguh berdedikasi.Bekerja tanpa erti penat lelah, begitu juga dengan doktor-doktor di sini..

Pada fikiran mama, ANC yaya jatuh teruk akibat jangkitan semasa demam di wad.Sampai sekarang, yaya masih selsema dan mulai batuk.Masih Febrile Neutropenia-satu situasi kesihata yg paling mama tak suka..kerana ia boleh melambatkan lagi jadual kimo intensif rania utk ditamatkan.

Mama sememangnya sudah berusaha utk memberikan yg terbaik.Namun kuasa Allah dan perancanganNya lebih utama.Sabar lah wahai anak...

Monday, April 1, 2013

KIMOTERAPI PALING BERAT

Assalamualaikum...
Dah hampir seminggu saya tak update entri.
Yaya terpaksa admit selepas kimo 6jam isnin lepas...

Berikut ialah entri yg sempat saya coretkan semasa yaya tidur waktu kimo last week...tapi malangnya tak sempat post kerana selepas kimo..yaya demam..

Hari ini (1/4/2013), Yaya menjalani sesi kemo 6jam dos yang terakhir. Mama dan papa menemani Yaya di wad Unit Rawatan Harian.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagamana yg diharapkan.Mulanya Yaya kelihatan tiada mood, dan agak tidak selesa berada di tempat ramai org dan diperhatikan. Mane tak nya...dulu, yaya dikenali kerana penampilan rambutnya yg agak berbeza. Namun penampilannya hari ni jelas berbeza. Kepala yaya dah botak..ramai staffnurse daycare tak cam yaya pagi ni..tp bila tgok mama dukung,baru diorang tahu..itu yaya.

Petang ni mmg sangat sunyi.Yaya pulak demam tatkala ubat kimo hampir habis diinfusikan ke dalam badannya.suhu badan yaya mencecah 38.6 darjah celcius..Staffnurse bertugas menghubungi Dr Soomitra yg oncall. Sudahnya terpaksalah kami 3 beranak menunggu di unitvrawatan harian. Yaya perlu pemantauan sehingga pukl 8.30mlm. Seusai solat magrib, yaya dimasukkan ke wad Kk3 kerana sangat lemah dan demamnya semakin menjadi-jadi.

Dr.Soomi memulakan antibiotik Amikacin dan Cefapime. Bermakna berkampunglah mama dan yaya di KK3 selama seminggu..

Kami diberi kejutan dengan kunjungan Aaron Aziz dan Lisa Surihani. terhiburlah jugak.Namun hati kami kuat utk balik ke rumah kerana dah penat berada di wad..

Ok..its ime to share gambar yaya semasa warded kali ni...