Nuffnang Ads

Monday, April 8, 2013

TAK JADI KIMO..

Assalamualaikum.

Sedihnya tak terkata hari ni..Yaya tak jadi kimo.Pagi-pagi lagi ke unit rawatan harian dgn mood yg tak berapa baik,sudahnya..bukak je pintu daycare...yaya tak mau masuk.Masih fobia dgn suntikan aspar. Setelah dipujuk beberapa kali, barula yakin utk masuk. Tapi masih masam mencuka. Tak mau ditegur,apa lagi utk menegur kawan-kawan sekeliling. Staffnurse Nik berjaya memujuk yaya utk masuk ke bilik rawatan bagi prosedur CVL flushing, dressing dan blood taking.Hari ni yaya kn buat FBC dan RP. Selesai sahaja prosedur, darah dihantar ke makmal patologi secepat mungkin. Dalam masa 20 minit..keputusan darah yaya amat mengecewakan. Absolute neutrophil counts (ANC) nya hari ni hanya 0.36 sahaja.syarat utk kimo, ANC mesti mencecah 0.5. So Dr. Soomi menasihatkan yaya balik dan kembali ke daycare utk FBC hari khamis...bermakna ada 2 hari utk improve ANC.

Oh My God...macam mana nak naik naikkan ANC secepat 2 hari ni! Yaya mesti diberi minum jus durian belanda sebanyak mungkin...tak boleh keluar rumah dan tak boleh terima pelawat buat masa ni. Mama uruskan barang yg dah tersedia di hantar di KK3 utk tujuan admission kali ni.Mana la gi nak letak barang yang banyak tu melainkan dalam locker.. Nasib baik staffnurse Ayuni ada..ahhh.... Sewa je la locker walau satu hari.Selesai masalah...Semasa masuk ke KK3 tadi mama nampak ramai staffnurse yg baru-buat post basic. Meraka belum lagi mengenali yaya. Kelakaar ulak rase bila teringatkan gelagat yaya tadi.Mama sibuk angkut barang sumbat dalam locker.YAya pulak sibuk mengekor dari belakang. staffnurse pula sempat mentakay yaya dengan menyembunyikan dora Yaya. Tercari2 kawan ni bila diajak balik...Bahagia rasa bila berada di wad yang dikendalikan oleh staffnurse yg mesra dan tak lokek membantu tanpa diminta...mereka sungguh berdedikasi.Bekerja tanpa erti penat lelah, begitu juga dengan doktor-doktor di sini..

Pada fikiran mama, ANC yaya jatuh teruk akibat jangkitan semasa demam di wad.Sampai sekarang, yaya masih selsema dan mulai batuk.Masih Febrile Neutropenia-satu situasi kesihata yg paling mama tak suka..kerana ia boleh melambatkan lagi jadual kimo intensif rania utk ditamatkan.

Mama sememangnya sudah berusaha utk memberikan yg terbaik.Namun kuasa Allah dan perancanganNya lebih utama.Sabar lah wahai anak...

No comments:

Post a Comment