Nuffnang Ads

Monday, April 1, 2013

KIMOTERAPI PALING BERAT

Assalamualaikum...
Dah hampir seminggu saya tak update entri.
Yaya terpaksa admit selepas kimo 6jam isnin lepas...

Berikut ialah entri yg sempat saya coretkan semasa yaya tidur waktu kimo last week...tapi malangnya tak sempat post kerana selepas kimo..yaya demam..

Hari ini (1/4/2013), Yaya menjalani sesi kemo 6jam dos yang terakhir. Mama dan papa menemani Yaya di wad Unit Rawatan Harian.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagamana yg diharapkan.Mulanya Yaya kelihatan tiada mood, dan agak tidak selesa berada di tempat ramai org dan diperhatikan. Mane tak nya...dulu, yaya dikenali kerana penampilan rambutnya yg agak berbeza. Namun penampilannya hari ni jelas berbeza. Kepala yaya dah botak..ramai staffnurse daycare tak cam yaya pagi ni..tp bila tgok mama dukung,baru diorang tahu..itu yaya.

Petang ni mmg sangat sunyi.Yaya pulak demam tatkala ubat kimo hampir habis diinfusikan ke dalam badannya.suhu badan yaya mencecah 38.6 darjah celcius..Staffnurse bertugas menghubungi Dr Soomitra yg oncall. Sudahnya terpaksalah kami 3 beranak menunggu di unitvrawatan harian. Yaya perlu pemantauan sehingga pukl 8.30mlm. Seusai solat magrib, yaya dimasukkan ke wad Kk3 kerana sangat lemah dan demamnya semakin menjadi-jadi.

Dr.Soomi memulakan antibiotik Amikacin dan Cefapime. Bermakna berkampunglah mama dan yaya di KK3 selama seminggu..

Kami diberi kejutan dengan kunjungan Aaron Aziz dan Lisa Surihani. terhiburlah jugak.Namun hati kami kuat utk balik ke rumah kerana dah penat berada di wad..

Ok..its ime to share gambar yaya semasa warded kali ni...












No comments:

Post a Comment