Nuffnang Ads

Monday, May 20, 2013

Memasuki fasa maintenance chemotherapy

Assalamualaikum..
Setelah sekian bulan Yaya dan mama menjadi penunggu setia rawatan kelas pertama di wad KK3, IPHKL, hari ini tibalah masa yang ditunggu yakni permulaan kimoterapi penyelenggaraan(maintenance chemo)..ceh..rase macam kenderaan atau mesen pula..ada selenggara2 gitu..yela..sekian bulan badan kecil ini dimasuki dadah kimo yg bermacam nama ,warna dan kuantitinya...so tiba la masa untuk badannya kembali belajar berfungsi seperti kanak2 seusia..namun..dengan cara tersendiri...dadah kimo masih perlu dimasukkan secara berkala dalam kuantiti yg lebih sedikit...supaya tidak mengganggu fungsi organ dlm badan...

Umpamanya mcm nk kurangkan manis gula dlm makanan la...kalo terus kita cut off gulanya...xtertelanlah makanan tu dek si penggemar makanan manis yg baru belajar nak berdiet mengurangkan gula dlm makanannya..sungguhpun dia tahu bahawa gula tu banyak buruk daripada baiknya dlm kesihatan manusia.

Begitu juga dgn kimoterapi..sewajarnya dos atau kuantiti dadah kimo tidak boleh diberhentikan secara mengejut daripada dimasukkan ke dalam badan pesakit kerana dibimbangi akan merosakkan fungsi limpa dan buah pinggang pesakit...(betulkan saya seandainya ada silapnya..kerana makluman ini saya peroleh secara tak sengaja semasa diberi kaunsel tentang ubat oleh pegawai farmasi di sini)

Sepatutnya temujanji Yaya di Unit Rawatan Harian ialah pd pagi esok (20/15/2013) Namun, desakan dan tangisan kesakitan si kecil Yaya telah membawanya terlebih awal mengunjungi KK3 lantaran aduan sakit perut, diikuti cirit birit luar biasa, dan muntah yg merisaukan mamanya.Makanya bermalamlah mama dan Yaya di sini lagi..ditemani drip kosong 10cc mencukupkan air dalam badan yaya yg mungkin terkurang dek dehidrasi lantaran cirit memanjang...dan tabiat kurang minum air bila diri terasa sakit...selera pon turut terbantut.hanya roti menjadi santapan bersama Pediasure Vanilla menjadi hiburan bibir diteguk perlahan di kala kehausan. tak mengapa lah anak...asalkan dirimu cukup tenaga untuk terus berjuang..dan kekal aktif sepanjang masa.

Buat sahabat di arena pendidikan......so sorry lah yea?saya terpaksa bercuti separuh gaji lagi..mohon gantian yg mana patut kerana keuzuran ini sesungguhnya tidak pernah disengajakan...teruskan berjuang demi anak bangsa zaman berzaman. Tingkatkan prestasi..kejarlah APC...hehe..saya xpnah mimpi pon utk dapat APC..asyik cuti je memanjang...ada d sekolah pon kurang jam., dek tuntutan kesihatan anak yg meraih seribu pengorbanan..berkejar ke hospital, balik ke sekolah, kembali ke wad..kadang terus ke rumah...itulah rutin harian yg menginjak kelainan serta mengundang pengertian sesetengah pihak  yg sewajarnya..

Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan Allah persekitaran yg sentiasa positif menerima kekurangan dan kelebihan diri ini dlm melengkapi setiap rutin dan tugas seharian. majikan yg sentiasa memahami dan menjaga kebajikan kami sekeluarga yg diuji dgn masalah kesihatan.tidak dilupakan sahabat seperjuangan yg sentiasa mendoakan kesejahteraan Yaya penuh pengharapan. Juga tak dilupakan masyarakat sekeliling serta kejiranan yg tak pernah menolak menghulurkan bantuan..terima kasih semua...Hanya Allah mampu membalasnya..Alhamdulillah...saya pasti akan kembali ke arena yg diperjuangkan -pendidikan dengan membawa suatu perubahan demi kecemerlangan anak didik tersayang..akan ditebus segala kekurangan dan kekhilafan yg tak pernah disengajakan..demi kerjaya yg juga periuk nasi kami sekeluarga.

Sebelum tangan ini berhenti menaipkan perwakilan kata, seharusnya saya berterima kasih yg tidak terhingga kepada warga IPHKL yg sudah banyak berkhidmat penuh mesra dan tanggungjawab sepanjang yaya menjalani rawatan di sini. Terutamanya staff KK3 dan Unit Rawatan Harian yg sentiasa memberikan rawatan dan perkhidmatan kelas pertama yg tiada di tempat lain...hanya yg pesakit dan keluarga dapat menilainya..penilaian itu bersifat subjektif  bg setiap individu dan,.tiada siapa yg boleh menafikannya..keikhlasan dan sokongan yg diberikan pasti dikenang spnjg masa.

Terima kasih semua...